[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~
Assalamu'alaykum~
Coretan hati si hina... T_T
Tapi sebelum tu, nak bagitahu, Gaza kene serang dengan Israel. T___T Pagi tadi memang dah rasa lain macam dah bila dengar jet pejuang lalu dekat ruang udara Mesir nie, lebih spesifik, Iskandariah! Tak pernah lagi rasa macam tue, tak pernah lagi renung langit dengan penuh perasaan mcam tue. It's like somethings gonna happen!
And yes, it happened. Allahu Allah. Amaran apakah ini? Yang tak terasa, sila lah terasa, Allah is telling us something. Try to perceive it!
Semoga bermanfaat.
-------
Buat sekian kalinya
Bumi itu terluka
Kembali dirobek dan dicarik
Walhal jahitan luka lama belum pun sembuh dan dipateri
Gugurnya dia, gugurnya mereka
Siapa tahu bidadari mana yang menjemput.
Tujahan doa, tembakan doa
Dilontar, dilempar, dihantar.
Semoga itu bisa menjadi perasai
Penolong penguat hati dan jasad.
Di kala kita berpagian menghirup udara shitak
Udara mereka dihiasi debu daging dan darah syuhada'
Banggakah kita dengan udara shitak?
Tersenyum bangga mereka melakar tapak.
YaAllah,
Perjuangan apakah ini yang sepertinya tiada henti?
Peristiwa hitam, merah berdarah berterusan tanpa selang seli?
Bumi berdarah itu Kau hiasi dengan haruman
Kau taburi dengan ganjaran dan Keberkatan
Ya Allah, kami tenteramu!
Kami bergerak, menyusun langkah untuk menyusul.
Namun,
PilihanMu adalah yang terbaik senantiasa
Betapanya,
Kami yang penuh khilaf, dosa dan noda
Kau tahan sementara
Untuk penyucian jiwa
Dan persediaan raga.
Sucikanlah kami, sucikanlah kami!
Semoga bisa kami terpilih menyusul mereka.
Di kala anjing-anjing Israel meratah bangkai dan berkongsi dengan dunia,
jauhkanlah kami dari tempias perkongsian bangkai itu.
Meratap pilu melihat saudaraku,
Kerana aku diam membisu.
Saudaraku,
Ada diantaramu syahid mulia,
Ada diantaramu tenggelam dalam dunia
Saudaraku, nantikan aku.
Kan kugapai tanganmu untuk turut menyeru
Kalimah Al-Haq kan terus berseteru
Dikala awan tampak gelap dan berarak lalu
Hati kita kan teguh terus memacu
Duhai hati
Hadirlah dikau tika bibir menyebut
Bergetarlah dikau tika akal mencerna maksud.
YaAllah, sampaikanlah kami, sampaikanlah kami, sampaikanlah kami...
Nian di hati melihat saudaraku pergi
Tanpa kubisa menghidu haruman mewangi
Bersinar rupa disambut bidadari
Nantikanlah kami yang masih cuba berdiri
Doakanlah kami yang telah berjalan menapaki
Sambutlah kami yang sedang pecut berlari
Di Jannah kita bertemu, Impian ini kan terlestari.
Allahu Rabbuna,
Allahummansurna, Allahummansurna, Allahummansurna.
-------
mbsms-0110hrs-151112
-------
 |
| Palestine, tomorrow will be free |
Tajuk dia tak tahu nak letak apa. But this is what I feel right after the incident.
Wassalam.