Thursday, September 20, 2012 @ 9/20/2012 05:24:00 AM
[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~
Assalamu'alaykum~
Hakikatnya, manusia itu tidak pernah boleh lari dari fitrah mahu kembali kepada tuhanNya... Sebuah jiwa itu akan sentiasa berjalan, berlari, berguling dan merangkak untuk bertemu denganNya. Pencarian itu tidak pernah berhenti. Cuma, terkadang kala kita terlepas pandang dengan rasa yang lahir dari jiwa itu sendiri. Kita tutupi dengan ketebalan inci dosa, kita kaburi dengan syak wasangka.
Duhai jiwaku, Dia tahu apa keinginanmu, maka adalah bodoh kiranya kau berpaling daripada Menyembam ke bumi menyembah Dia. Aku mencari 10001 erti perjalanan hidup dengan setiap hela nafas yang diberi. Kiranya bisa, aku memilih untuk kekal dalam posisi mencintai Rabbku... Namun, titik kelemahanku, jua titik kemampuanku... Dia juga yang lebih mengetahuinya berbanding aku.
Allah, kekallah menjadi peneman setia, menemaniku dalam ranjau penyucian jiwa dan pengukuhan niat dan halatuju. Aku mohon, Aku butuh pertolongan dariMu.
![]() |
| Allah, Aku butuh cintaMu <3 |
Aku ini pemburu cintaNya yang sering tersungkur. Namun, aku bangkit kerana dan demi CintaNya.
Labels: d-mbsms
