Wednesday, September 19, 2012 @ 9/19/2012 02:43:00 AM
[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~
Assalamu'alaykum~
Kagum. Aku kagum dengan mereka yang bisa berlari sepantas son Goku sejurus disentuh oleh embunan Tarbiyah. Yang terus bisa berlari dan berlari mengejar untuk menaiki kereta api DnT kelas yang pertama. Sedangkan aku..., aku masih lagi di takuk yang lama. Yang semangatnya sekejap membara sekejap padam. Yang sentiasa mencari-cari jalan untuk bermula dan mencari titik-titik perjalanan yang bisa melajukan langkah. Aku bertarung dengan jiwa serba kekurangan. Hubunagn aku denganNya, hubungan aku dengan mereka, hubungan aku dengan dia dan dia. pergelutan apakah ini? Yang tak bisa aku tembusi dan robek aku aku bisa berlepas diri?
" Perhatikan niat, perbaharui niat dan tetapkan matlamat "
YaAllah, bunyinya macam sangat senang dan mudah dan enteng dan kacang dan petik jari je... Walhal, aku sentiasa mengecam jiwa yang sentiasa terkebelakang ini...
Aku kagum dengan mereka. Aku kagum dengan dia, kamu dan awak. Aku kagum. Bukan perasaan biasa-biasa. Tapi lahirnya kekaguman itu adalah kerana aku sendiri dapat merasa..., betapa tulusnya jiwa-jiwa kalian yang berjuang di atas jalan DnT ini.
YaAllah, kenapa bisa dia berlari lebih jauh? Bagaimana mungkin dia lebih terkedepan? Kenapa aku sepertinya masih di sini? Kadangkala aku merasakan bahawa aku semakin ketinggalan. Gerabak yang aku naiki semakin laju, tetapi aku sendiri terpelanting kerana desiran angin yang terlalu kuat yang tak bisa aku hadapi. Aku berundur ke gerabak belakang.
" Setiap orang ada mujahadah masing-masing "
Tapi kenapa aku amsih lagi bermujahadah pada perkara yang sama? Kenapa aku sepertinya tidak pernah membesar dalam jalan ini? Bukan salah siapa-siapapun. Dan aku takkan pernah menyalahkan mereka mahupun dia. Jauh sekali menyalahkan awak. Memang salah aku. Aku kuat makan suap. Aku tak reti nak cari makan sendiri. At the end of the day, Aku sendiri yang kelaparan.
YaAllah, kenapa Aku macam nie? Kenapa Aku nie, MACAM NIE? Aku peliklah. Pelik dengan rasa keterhinaan diri aku sendiri.
Muwahhidah Billah, kenapa awak tak menangis bila sepatutnya awak menangis dan kenapa awak menangis bila tak sepatutnya awak menangis?
Cakap dekat orang pongpangpongpang. Awak rasa cukup ke sekadar kata-kata? Muwahhidah, kata-kata yang tak disertai amal itu nilaiannya ZERO. Tolonglah jangan jadi angka kosong. Tak payah nak cakap kesian dekat orang lain ataupun kesian dekat Ummat Islam sebab ada ahli macam awak, tapi kesiankan diri sendiri. Sebab yang akan jawab depan Allah nanti, Awak Muwahhidah Billah. Awak. Bukan orang lain.
YaAllah, aku rasa, akulah hamba paling hampeh sekali pada pandanganMu. Kalau mereka yang lain berbuat onar, mungkin kerana ketidaktahuan mereka terhadap perkara yang sebenar. Tetapi aku?? Aku tetap berada dalam fasa melakukan apa yang terlarang itu di kala aku semakin banyak tahu. Shooot!! Allah.
I really want you to at least peep at me. Cause I know, I don't deserve not even a glance from You. Allahu Rabbi. Allahu rabbi. Allahu Rabbi.
"Dakwah tak memerlukan Aku. Akulah yang memerlukan Dakwah"
Allah, please help me. Only You know my sorrow. Only You know my struggle. Only You...
Labels: d-mbsms