Friday, July 20, 2012 @ 7/20/2012 03:33:00 AM
[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~
Assalamu'alaykum~
| Welcome my Dear Ramadhan |
Pabila akhlaknya menyentuh hatiku
Seringkali aku ingatkan sekeping hati nan layu
Usah cepat kalah pada apa yang dituju
Aku menangisi keputusanku padanya
Aku menyesali segala madahku untuknya
Kerana dia bukanlah seorang yang faham dan mengerti makna.
YaAllah, aku tak bisa untuk berhadapan dengannya
Mata bertentang mata
Pasti aku kan kalah dimamah rasa
Aku ingin berhenti bertanya apa makna setiap takdir suratanMu
Kerana aku yakin ia membawa makna yang seribu
Yang ingin kau ajar agar meresap di kalbu
Sesal rasa yang bertandang
Aku ganti dengan kesyukuran tanpa penghadang
buat melangkah di perjalanan panjang.
Aku mencintaiMu
Aku jua mencintaimu
Mana bisa dua cinta menjadi satu
Hati oh hati
Kuatlah wahai diri
Fizik dan Rohani
Jangan kalah dengan emosi
YaAllah, sesungguhnya aku tidak menyembahMu dengan selayaknya Kau disembah. Ampunkanlah dosa-dosaku, terimalah taubatku. Aku hambaMu yang hina,seringkali meninggalkan Kau jauh di belakang tanpa kusedari yang keterbelakang itu adalah aku. Ampunkanlah aku. Terimalah taubatku. Pabila Kau menghadiahi jalan cerita bahagia dalam hidupku, ampunkanlah aku bila mana aku bukan hamba yang bersyukur dan tidak mensyukuri nikmatMu selayaknya Kau disyukuri.
YaAllah, terima kasih untuk Ramadhan kali ini. Terima kasih yaAllah. terimalah tanda Syukurku biarpun aku tidak mensyukuriMu selayaknya Kau disyukuri. T____________T
Aku hambaMu YaAllah. Aku HambaMu YaAllah. Aku HAMBAMU yaAllah.
Ampunkanlah aku bilamana sepanjang usiaku, aku tidak menyembahMu dengan selayaknya Kau disembah.
