Tuesday, September 20, 2011 @ 9/20/2011 06:06:00 PM
[Basmalah]
Assalamualaikum~
Kiranya langit itu bisa kujunjung
Kan kugendong pada badan
Agar
Pabila ingin ku berteduh
Ku tak perlu berlari mencari pepohon rendang
Tatkala angin berdesir
Aku bertanya pada diri
Apakah mesej yang tersirat
Pada akukah dituju ?
Ah. tidak
Aku hanya tunggul yang menanti kaki-kaki malang
Yang bakal luka pabila mneyepak
Kan tersadung pabila melangkah
Bukan angin yang bisa membawa luka berlari
Bukan jua hujan yang cuba membasuh duka.
Kesepian menyilir
Menghiris ketenangan hembusan itu.
Ke manakah kau menghilang ?
Di saat aku kepergiaan
Bukan membuntuti harapan diri
Kerana kau tak pernah memahami
Bukannya patung untuk disayangi
Jauh sekali binatang untuk disakiti
Bahkan mereka lebih menyenangi
Namun impian lebih kurang mimpi
Penat lelah ini
Kerana aku yang berlari
Sedang kau hanya memerhati
CUKUP!
Aku tidak mahu membaja benci
Dendam kesumat jauh sekali.
Langkahmu ouh kuharap berhenti.
Lelah sudah aku di sini.
Memujuk diri yang enggan mengerti
Dek jiwa yang sudah mati.
Assalamualaikum~
Kiranya langit itu bisa kujunjung
Kan kugendong pada badan
Agar
Pabila ingin ku berteduh
Ku tak perlu berlari mencari pepohon rendang
Tatkala angin berdesir
Aku bertanya pada diri
Apakah mesej yang tersirat
Pada akukah dituju ?
Ah. tidak
Aku hanya tunggul yang menanti kaki-kaki malang
Yang bakal luka pabila mneyepak
Kan tersadung pabila melangkah
Bukan angin yang bisa membawa luka berlari
Bukan jua hujan yang cuba membasuh duka.
Kesepian menyilir
Menghiris ketenangan hembusan itu.
Ke manakah kau menghilang ?
Di saat aku kepergiaan
Bukan membuntuti harapan diri
Kerana kau tak pernah memahami
Bukannya patung untuk disayangi
Jauh sekali binatang untuk disakiti
Bahkan mereka lebih menyenangi
Namun impian lebih kurang mimpi
Penat lelah ini
Kerana aku yang berlari
Sedang kau hanya memerhati
CUKUP!
Aku tidak mahu membaja benci
Dendam kesumat jauh sekali.
Langkahmu ouh kuharap berhenti.
Lelah sudah aku di sini.
Memujuk diri yang enggan mengerti
Dek jiwa yang sudah mati.
Labels: p-mbsms