profile | MuwahhidatunBillah

Seorang hamba Allah yang sangat kerdil. Sedang berusaha untuk sentiasa menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya [ i.Allah ] memandangkan hidup di dunia ini terlalu singkat dan terlalu banyak urusan yang perlu dilakukan untuk mendapat ganjaran SyurgaNYA. Therefore I'm living my life as I am going to die tomorrow and I'm working hard for my life as I'm going to live forever :) Ahlan Wasahlan. + FOLLOW


Tuesday, July 12, 2011 @ 7/12/2011 12:19:00 PM
[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~

Assalamu'alaykum~

Aku merenung langit
Bumbung dunia tanpa tiang
Gah merentang dataran
Diiringi indahnya awan
Luasnya tanpa ada titik henti
Lapangnya melerai resahnya hati
Mencerna perasaan hampir mati

Aku perhatikan tingkahmu
Perlahan aku menelusuri
Cuba mentafsir sendiri
Memikir gerak dan tingkah
Ah, mungkin hanya aku yang bersangka-sangka
Mustahil bagiku.

Ouh Tuhan,
Tepat mengena tebakanku
Luluh hati ini
Hampir terbnag jiwa meninggalkan jasad
Sempat aku gapai di penghujung
Jangan pergi tanpaku rela.

Mengapa?
Mengapa aku bukan yang lain-lain?
Cacat apakah yang membuka ruang itu?
Kekurangan apakah yang menjentik keinginan?

Rayuku padamu
Usah perlakukan aku begini
Aku merasa lemah dan lemas
Aku hanya manusia yang bisa membalas
Jauh sekali itu kan kulakukan

Kejamkah andai aku pasif?
Kukira lebih baik dari negatif
Maruah ini perlu kau pelihara
Kerana aku juga melakukan yang sama
Hulurkan padaku kerjasama

Ouh hati, kene betul-betul kuat hadapi dunia.
Allaaahhh~~~


YaAllah, sentiasa, aku tahu bahawa Kau tidak akan menguji aku melebihi daya dan mampuku. Lapangkanlah dadaku dengan setiap detik perjalanan masa kehidupanku ini. Redhalah ke atasku yaAllah, agar aku bisa redha dengan setiap kurniaanMu. sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala sesuatu.

~ Alhamdulillahi 'ala kulli hal, wa fi kulli hal, wa ni'mah ~

Wassalam~

Labels: