Tuesday, July 19, 2011 @ 7/19/2011 11:10:00 AM
[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~
Assalamu'alaykum~
| Hanya kepadaMu aku meminta. |
YaAllah, kiranya kelam hatiku menjadi penghalang serapan ilmuMu, maka Kau ampunkanlah dosa-dosaku.
YaAllah, kiranya gusar hati ini kerana dosa bertimbun, terimalah taubatku agar tenang jiwaku.
Aku menerima secebis cahaya di celahan kegelapan. Pengalaman hidup yang banyak mengajar. namun berbalik kepadaku yang terus menolaknya.
YaAllah, hanya Kau mengetahui segala sesuatu. Hanya Kau yang mengetahui isi hati yang berkecamuk.
YaAllah, apakah dayaku, apalah mampuku ?
Usahaku hanya secebis berbanding rahmatMu. YaAllah aku malu dengan Engkau.
Tapi, hanya Engkau tempat aku kembali.
Ampunkan aku YaAllah, Ampunkan Aku.
![]() |
| Save my place in Your Paradise yaAllah. ~ Allahumma Ameennn ~ |
Wassalam~
Labels: d-mbsms
.jpg)