Monday, July 11, 2011 @ 7/11/2011 04:48:00 AM
[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~
Assalamu'alaykum~
| Ini Hakikat. |
Kita takkan pernah bisa menjadi sempurna, kerana yang Maha Sempurna itu adalah Allah. Hanya Dia yang memiliki segala kesempurnaan yang tiada tandingnya.
Kita takkan pernah bisa memuaskan hati semua pihak kerana sifat kita yang tidak sempurna pada mata individu yang berbeza pada cacat dan cela yang berbeza.
Mengapa ya ? Sungguh mudah melafazkan bicara, melontarkan idea, membuah wacana, namun bagaimana dengan melaksana ? Ianya tidak pernah mudah dan tidak akan menjadi mudah tanpa sedikit urgensi yang dikerah.
Saya minta maaf untuk segala khilaf dan kekurangan diri saya. Saya tidak kisah kalau ada yang hendak menegur kerana penerimaan kepada teguran itu yang penting bukan siapa yang menegur. Mungkin keruh wajah tergambar pada awalnya, namun kan hilang pabila hadam nasihatnya. InsyaAllah.
Oleh itu, buanglah kala jengking di badanku kiranya benar kau sahabatku. Usah mengukir senyuman palsu yang hanya kan lebih merobek hatiku.
Buktikan padaku, akan ketulusan bicaramu dengan luhurnya kelakuanmu. Jauh sekali aku meminta dan merah-paih, aku hanya ingin mengingatkan, supaya tiada kata yang terbang tanpa tali yang melepaskan dan mula menangis tika mencari-cari kembali.
Untuk segala khilaf yang ada pada diri ini ketahuilah bahawa aku hanya manusia yang mencari bayangan yang mampu memberi penyempurnaan kepada cebisan yang koyak dan tertanggal.
Jujurnya aku kecewa. Namun, aku mahu Allah yang aku sedang buru cintaNya mengangkat darjatku sebagai orang yang bertaqwa yang mana sifatnya itu menelan segala rasa agar Syurga menjadi jaminan pasti yang menanti di sana.
" Tidakkah kamu suka sekiranya Allah menganpunkan dosa-dosamu ? " Wallahi, tiada apa yang lebih kuinginkan melainkan daripada mendapat pengampunan dan rahmat dari Tuhanku yang SATU. Maafkanlah aku. Kerana aku juga sedang meneliti huluran kemaafan yang bertandang dan himpunan kemaafan yang bersusun.
YaAllah, Muwahhidah Billah hanya mampu menyebut namaMu tika mana musuhku berbisik agar menyalahkanMu. Aku hanya mampu mengalirkan air mata lesu tika mana peti suara memberontak ingin melontar suara keras, namum takkan mampu melawan guntur dentuman guruhMu. YaAllah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa abang-abangku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dan dosa para muslimin yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Wassalam~
Labels: d-mbsms