profile | MuwahhidatunBillah

Seorang hamba Allah yang sangat kerdil. Sedang berusaha untuk sentiasa menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya [ i.Allah ] memandangkan hidup di dunia ini terlalu singkat dan terlalu banyak urusan yang perlu dilakukan untuk mendapat ganjaran SyurgaNYA. Therefore I'm living my life as I am going to die tomorrow and I'm working hard for my life as I'm going to live forever :) Ahlan Wasahlan. + FOLLOW


Wednesday, May 25, 2011 @ 5/25/2011 04:33:00 AM
[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~

Assalamu'alaykum~

Aku mendatangi majlis itu
Tatkala aku menerima mesejmu
Tersentak aku
Air mata menitis laju
Sakit menahan sendu
Mengapa begitu katamu ?
Janganlah begitu
Semangatku belum jitu
Untuk masa dan kejadian itu

Sedih tak terungkap
Baba, janganlah cakap benda macam tu dah, adik sedih sangat. Adik tak bersedia untuk kedatangan masa dan keadaan tu. Walaupun hakikat kehidupan memang ianya akan berlaku. Tapi tolonglah yaAllaah, bukan sekarang. Muwahhidah Billah masih belum cukup kuat... Hati ini masih rapuh, jiwa ini masih lemah. Baba, Adik sayang baba. I only have one Baba and that person is you. Baba, jangan cakap macam tue lagi dah. Adik tak bersedia untuk dengar apatah meghadapi kedatangan masa itu.

YaAllaah,
Ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapaku
Dosa-dosa mereka yang sudah lepas dan akan datang

YaAllaah,
Kurniakanlah ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki buat mereka
Kurniakanlah kegembiraan dan senyuman mekar menghiasi wajah mereka
Kurniakanlah kelapangan dada dan kebesaran jiwa kepada mereka

YaAllaah,
Jauhkanlah mereka daripada azab dan seksaan api neraka
Jauhkanlah mereka daripada azab dan seksaan kubur
Jauhkanlah mereka daripada seksaan sakratul maut

YaAllaah,
Kurniakanlah kepada mereka Husnul Khatimah
Kurniakanlah kepada mereka kubur yang luas
Kurniakanlah kepada mereka bayu dingin semasa mentari terik memancar di Mahsyar

YaAllah,
Tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang soleh
Tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa
Tempatkanlah mereka di SyurgaMu nan indah lagi penuh nikmat.

YaAllaah
I Love Them


Tolong jangan lepaskan diri ini lagiii... Adik sangat-sangat-sangatlah belum bersedia. :'((((((((

p/s : like literally saya memang sangat sedih sekarang.

Labels: