Wednesday, May 18, 2011 @ 5/18/2011 12:36:00 PM
[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~
Assalamu'alaykum~
HEHE... Hai kawan-kawan ? Apa khabar iman dan amal ? Sakit ? Cepat-cepatla bagi antibiotic, nanti melarat, susah. :) Semoga iman dan amal cepat sembuh dan semakin cergas dan cerdas hendakNya. InsyaAllah :)
16 Mei merupakan tarikh sambutan Hari Guru yang diadakan dan disambut di Malaysia sahaja [ kat negara lain tak pulak pernah nak ambil tahu bila tarikhnya. hehe ] Walaupun dan terlepas insyaAllah kalau tak silap adalah dalam 2 hari [ baru 2 hari je brooo... ] tapi takpe, sepatutnya, hari ibu ke, hari guru ke, hari sensei ke, hari papa ke, hari ustaz-ah ke, seharusnya hari-hari adalah hari-hari tersebut [ Errr.... ]
So, kat sini, mbsms nak share notes yang telah di'post' di FB-nya 2 hari yang lepas [ haaaa, punctual bukan ? ] kepada guru-gurunya sempena hari guru ini.
WARNING : EVERY DAY IS A TEACHER'S DAY.
| HTD :) |
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim :)
~ Assalamualaikum WBT ~Terima kasih untuk segala ilmu yang dicurahkan
Terima kasih untuk segala nasihat yang disampaikan
Terima kasih untuk segala perhatian yang sentiasa diberikan
Terima kasih untuk segala Kasih sayang yang melimpah-ruah
Terima kasih untuk segala teguran yang membina
Terima kasih untuk segala ucapan yang mendamaikan
Terima kasih untuk jenaka yang mencuit tawa
Terima kasih untuk segala redup pandang penuh kasih
Terima kasih untuk setiap peluh yang mengalir berjalan ke kelas
Terima kasih untuk segala pergerakan sendi yang tak pernah henti
Terima kasih untuk setiap salam yang sentiasa diberi dan dijawab
Terima kasih untuk segala doa yang dipanjatkan
Terima kasih untuk kekangan masa yang tak pernah lolos
Terima kasih untuk setiap titis air mata kegembiraan
Terima kasih untuk keringat yang mengalir lesu
Terima kasih untuk selautan damai dan ketenangan
Terima kasih untuk hangat prihatin menyentuh kalbu
Terima kasih untuk segala peringatan panduan hidup
Terima kasih untuk senyuman yang tak pernah lekang
Terima kasih untuk amarah yang mendidik jiwa
Terima kasih untuk segala hela nafas bersulam pesan
Terima kasih untuk kemaafan yang senantiasa dihulurkan
Terima kasih untuk lembut suara yang menyapa
Terima kasih untuk saat-saat yang penuh bermakna
Terima kasih untuk rezeki yang diberi tanpa berkira
Terima kasih untuk kata-kata yang membakar semangat
TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA <3 <3 <3
Minta maaf segala salah dan silap.
Halalkan segala ilmu dan nasihat.
Doakan saya dunia dan Akhirat.
Saya SAAAAAYAAAAANNNNGGGGGGGG semua cikgu-cikgu saya ..... !!! <3
Semoga Allah merahmati, menyanyangi dan mencurahkan rahmat yang melimpah-ruah kepada insan-insan [ guru-guru saya ] yang telah banyak berjasa kepada hamba yang kerdil ini. :)
umpama mentari yang menyinari siang hari dan meminjamkan cahaya buat sang purnama kala malam menjelma |
Tiba-tiba mbsms rasa segan sorang-sorang lepas dah share benda nie. hikhikhik...
Kepada insan teristimewa dalam hidupku,
Engkaulah Ibu
Engkaulah Guru
[ sebab Ummi memang cikgu poonnnn ]
Tak perlu disenarai
Budi yang tersemai
Terima kasih untuk segala-galanya
Adik sayang Ummi
| SHG :) |
HEHE... I don't know bout You guys, but I really love my teachers. :)
YaAllah,
bless my teachers with the goodness of the world and HereAfter
Do forgive their sins
and gives the tranquility
Make them strong
each and averyday.
Ameen~
See You Guys Soon InsyaAllah :)
Wassalam~