Saturday, May 14, 2011 @ 5/14/2011 04:18:00 PM
[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~
| Temani langkahku tatkala aku sendirian... |
Aku membuka mata
tatkala gamnya kuat menutup
Aku bertertiban di hadapanNya
tatkala musuhku membisik hasut
Aku kembali beradu nyenyak
tatkala masaku merintih, saudaraku melonglai
Aku menongkah bayu
tatkala derasnya bertiup
Aku meredah sejuk
tatkala tulang belulang bergesel ngilu
Aku menadah peluh
tatkala terik dibakar mentari
Aku membiarkan air mata ini jatuh
tatkala aku tak mampu menahannya lagi
Semuanya kerana Rahmat Yang Maha Esa.
Semuanya kerana, Dia yang izinkan.
Labels: p-mbsms