profile | MuwahhidatunBillah

Seorang hamba Allah yang sangat kerdil. Sedang berusaha untuk sentiasa menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya [ i.Allah ] memandangkan hidup di dunia ini terlalu singkat dan terlalu banyak urusan yang perlu dilakukan untuk mendapat ganjaran SyurgaNYA. Therefore I'm living my life as I am going to die tomorrow and I'm working hard for my life as I'm going to live forever :) Ahlan Wasahlan. + FOLLOW


Thursday, April 14, 2011 @ 4/14/2011 05:26:00 AM
[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~

Assalamu'alaykum~

Lama sudah tidak meng-update blog ini. Kadang-kadang timbul rasa penyesalan di hati ini pabila mengabaikan hal yang satu ini, biarpun bukanlah hukumnya wajib untuk meng-update blog. Tapi entahlah, mungkin sebab saya selalu berpegang dengan prinsip bila kita mulakan sesuatu kita kene teruskan, tak boleh tinggal separuh jalan. Tak boleh abaikan, tak boleh leka, tak boleh main-main. Permasalahannya sekarang, saya sudah mula melanggar prinsip ini. Forgive me yaAllah, Muwahhidah hanya manusia biasa. :( Laman sesawang blog ini semakin bersawang-sawang [ dahla laman sesawang, bersawang, memang bagusla macam tue. hurm~ ]

Sebenarnya kan, Muwahhidah sakit [ padahal baru je sehari dua nie, macam tak berapa nak sihat sikit ]

Sakit ? Alhamdulillah, senyum sikit :)


Kepala rasa berat, hidung berair, mata panas, pening-pening, suara makin hilang [ sexy tuuuuu... hehe ]. :)

Alhamdulillah, nikmat Allah bagi, Allah tarik sekejap. Kalau Allah nak tarik untuk selama-lamanya pun tiada masalah, sebab my whole body, my whole life is just something that He GAVE, Dia bagi pinjam, so tak kekal. Alhamdulillah, barulah sedar sikit yang diri nie hanya milik dan kepunyaan Allah semata-mata. :)

Bila mana Allah kata " jadi " maka jadilah. So, Bila Allah takdirkan nikmat sihat ke atas diri Muwahhidah ditarik makan seluruh anggota ciptaanNya patuh kepada perintah tersebut. Bergantung kepada penerimaan tuan badan sama ada mahu bersyukur atau mencela. Everything comes from Allah and He'll take it back, anytime, anywhere. Therefore, kita kena sedar diri sikit [ mana oleh sikit-sikit, kena banyak ]

Teringat perbualan bersama seorang sahabat fillah [ insyaAllah ] berkenaan Muslim.
" Sebenarnya orang Muslim ini unik tau, sebab bila Allah bagi nikmat, bersyukur, bila Allah bagi Musibah, bersabar dan redha "
Hebatkan ? Bila dengar tue rasa macam, fuyyyooooooo, tak pernah pulak terfikir pasal benda nie. Terima kasih ya awak share benda nie dengan saya. :) 14367 <3

Nikmat ukhuwwah fillah ini pun Allah yang kurniakan, so, kene manfaatkan. :) Subhanallah, saya sangat beruntung sebab ada sahabat yang sudi mengingatkan saya tentang kebesaran Allah dan macam-macam lagi. Alhamdulillah :) Alhamdlillahi 'ala kulli hal, wa kulli hal, wa ni'mah. [ thank you Allah ! i love youuuu ]

Biarlah terus hingga ke syurga :)
~14367~


Kesimpulannya :
  • sedar diri, kita nie bukan apa-apapun nak dibandingkan dengan segala apa yang Allah dah bagi dekat kita sama ada nikmat atau musibah
  • bila dapat nikmat, ALHAMDULILLAH
  • bila dapat musibah, ALHAMDULILLAH
  • please be grateful all the time
  • hargai masa sihatmu... 5 perkara sebelum 5 perkara. [ sihat sebelum sakit ]
  • sakit itu kafarah dosa, so, bersyukurlah, kerana Allah ingin mengurangkan timbangan dosa kita di Akhirat dengan kita membayar dengan harga sebuah kesakitan yang tak seberapa pun [ tapi kene redha lah, jangan merungut :) ]
  • Allah SAYANG hamba-hambaNYA

Allah sayang saya <3



Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;
 [ As-Syu'ara 26 : 80 ]

p/s : maaflah post macam ape je. Minta diri dulu, katil memanggil mendayu-dayu. Doakan Muwahhidah Billah cepat sembuh. Jangan risau, mbsms takkan memudharatkan diri dengan membiarkan sakit ini berlarutan, walaupun inginkan kafarah dosa, kesihatan itu penting untuk menjana pahala. OK ? hehe.

Wassalam~

Labels: