profile | MuwahhidatunBillah

Seorang hamba Allah yang sangat kerdil. Sedang berusaha untuk sentiasa menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya [ i.Allah ] memandangkan hidup di dunia ini terlalu singkat dan terlalu banyak urusan yang perlu dilakukan untuk mendapat ganjaran SyurgaNYA. Therefore I'm living my life as I am going to die tomorrow and I'm working hard for my life as I'm going to live forever :) Ahlan Wasahlan. + FOLLOW


Sunday, April 3, 2011 @ 4/03/2011 03:45:00 AM
[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~

Assalamu'alaykum~
:)


Senyumlah
Walau hati pedih menahan calar
Walau hati retak menanti belah

Senyumlah
Meski jiwa hanyir bertakung darah
Meski jiwa gelap diselubungi noda

Senyumlah
Biarpun bibir lesu merekah pecah
Biarpun ukiran bertanda sendu tangis

YaAllah
Kuatkanlah hati mbsms
Kuatkanlah jiwa mbsms

YaAllah
Kuatkanlah mental mbsms
Kuatkanlah fizikal mbsms

YaAllah
Kuatkanlah keyakinan mbsms
Kuatkanlah kebergantungan mbsms

YaAllah
Mereka tidak tahu apa-apa
YaAllah
Kau tahu segala-galanya
Kaulah Yang Maha Mengetahui

YaAllah berikanlah kepadaku jawapan yang terbaik
YaAllah berikanlah kepadaku jalan yang terbaik
YaAllah, lapangkanlah ke atas diriku ini di atas perkara yang terbaik itu
Ya Rabb~

" Ya Allah, Ya Tuhanku, berikanlah aku satu tanda "

p/s : bernafas dalam jiwa hamba ini tidaklah mudah. Mbsms selemah-lemah insan, tak mampu nak berjalan tanpa Allah, tak mampu nak berdiri tanpa Allah, tak mampu nak senyum tanpa Allah, tak mapu nak menghela nafas pun tanpa Allah. YaAllah, siapalah aku di sisiMu ?

YaAllah, pinjamkanlah olehMu kepadaku sekelumit kekuatan biarpun lebih kecil daripadah zarah
Mbsms sangat perlukan kekuatan itu.

Wassalam~

Labels: