profile | MuwahhidatunBillah

Seorang hamba Allah yang sangat kerdil. Sedang berusaha untuk sentiasa menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya [ i.Allah ] memandangkan hidup di dunia ini terlalu singkat dan terlalu banyak urusan yang perlu dilakukan untuk mendapat ganjaran SyurgaNYA. Therefore I'm living my life as I am going to die tomorrow and I'm working hard for my life as I'm going to live forever :) Ahlan Wasahlan. + FOLLOW


Tuesday, March 22, 2011 @ 3/22/2011 01:17:00 PM

[ Mari kita mulakan setiap aktiviti kita dengan Basmalah :) ]
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~

Assalamu'alaykum~

Muwahhidah Billah, Alhamdulillah, sihat wal'afiat. Semoga semua hamba Allah yang beriman serta bertaqwa juga sihat sejahtera dan sama-sama diredhai dan diberkatiNYA. :)

Kali ni saya nak cerita sikit sebab apa saya dah lama tak update blog nie. Dah bersawang tebal dah nie.
Minta maaf banyak-banyak ya [ walaupun takde orang yang follow atau baca, tapi saya rasa bersalah jugak. Lebih-lebih lagi dekat blog nie secara khususnya ]

[ Sambil meneguk air halia madu, madu halia, apa-apalah, for sure ada halia, madu dan air ]

Pertama-tamanya, mungkin sebab saya sibuk [ ??? ( cam tipu je ) ] BETULLAH ! Saya sibuk sepanjang saya berada di Malaysia ditambah dengan ketiadaan internet sepang 2 minggu awal yang saya agak FREE... Hehe. Once dah dapat balik internet kesibukan mula melanda. Subhanallah, Allah gantikan perasaan dan rasa lapang dengan rasa sempit dan sibukkk  juz like that. Sekelip mata je. Hebat !


Terlalu sibukkah kita ?
Kedua-duanya, saya urm..., saya... errr...
Ouh ya, saya takde idea nak tulis apa. Walaupun statement nie satu statement yag keras [ yeke ? ] saya terpaksa sebut jugak. Sepatutnya benda nie tak disebut atau di-mention-kan sebab ini menunjukkan bahawa saya gagal. SAYA SEORANG YANG GAGAL. Statement itu membuktikan bahawa saya cawan yang penuh takpun sesuatu sedang mengering ! paling dasyat kalau memang betul-betul KERING ! OUH TIDAAAAKKKK ! Kenapa saya cakap macam tue ? Sebab cawan yang penuh tak dapat menerima air yang dituang ke dalamnya bahkan ia akan membuak-buak keluar [ cawan ke, botol ke, ape-ape jela yang boleh isi air pastu kalau penuh dah xleh masuk ]

tak boleh penuh, xboleh kosong
harus terisi dan memberi ruang untik diisi

Ape pulak yang kering ? HATI.
Hati kalau kering susah untuk memberi. So, kene selalu basahkan hati. Suburkan hati. Biar merimbun, berbunga harum mewangi  :)

Saya sendiri rasa sangat kesal bila tak dapat nak update blog. Sebabnya, besar kemungkinan kedua-dua simptom nie ade kat diri saya. Simptom yang akan menyebabkan penyakit yang lebih merbahaya. [ saya tak tahu penyakit ape, tapi mesti lebih bahaya ] YaAllah, jauhkanlah dari diri hambaMu ini simptom-simptom yang mengerikan ini sekaligus jauh dari penyakit. Ameen Ya Rabb.

[ Selesai menghabiskan saki-baki titisan-titisan terakhir air madu halia, halia madu ]

Last but not least, I have to many to give until I don't give anything. kehkehkeh...
But seriously, asal nak tulis je, mesti macam-macam idea datang. Last-last sekali tak tulis langsung sebab bercelaru sangat dengan lambakan dan buakan idea yang melimpah-ruah-kuah-tuah-buah.

Mungkin lepas nie saya kene banyak-banyak tulis post and save and jadualkan. Hurm~ Tengoklah macam mana. Kalau rajin insyaAllah, berjalan idea tue. Kalau tak, say bye-bye ^^

Apa-apa pun, saya akan berusaha untuk menyampaikan. Selalu terngiang-ngiang kat [ err..., mana-mana jelah ] sabda Kekasih Allah yang sunnahnya berusaha oleh diri ini untuk mengikuti, Muhammad SAW
" Sampaikanlah walau satu ayat "
Go Muwahhidah ! :)
p/s : Allah tengok usaha, bukan hasil. Hasil itu bonus untuk diri kita. Balasan Allah atas usaha kita :)

Wassalam~


tak boleh sedap lagi ke ? addicted btol !



Labels: