profile | MuwahhidatunBillah

Seorang hamba Allah yang sangat kerdil. Sedang berusaha untuk sentiasa menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya [ i.Allah ] memandangkan hidup di dunia ini terlalu singkat dan terlalu banyak urusan yang perlu dilakukan untuk mendapat ganjaran SyurgaNYA. Therefore I'm living my life as I am going to die tomorrow and I'm working hard for my life as I'm going to live forever :) Ahlan Wasahlan. + FOLLOW


Wednesday, January 26, 2011 @ 1/26/2011 08:49:00 PM
Assalamu'alykum~ :)


Aku mencari-cari makna
Disebalik kekosongan yang terasa
Aku cuba menghitung waktu
Tanpa aku pasti ianya berlalu

Hari-hari aku berfikir
Kiranya mungkin menjadi zikir
Mencari sekelumit tenang
Pada bayangan yang hilang

Konflik jiwaku ini
Tak berkesudahan, tak bertepi
Goosebump aku sendirian
Kala dicengkam kesejukan

Ya Allah, perasaan apakah ini ?
Terasa begitu menyiat-nyiat sekeping hati

Ya Allah
Ya Fattah
Ya Kareem
Ya Rahman
Ya Rahim

Jauh kucuba campakkan perkataan-perkataan
Yang menyerap segenap kekuatan
Menggigit di setiap peraliran

Subhanallah
Muwahhidah Billah
Orbit Syariat melingkari jiwa
Sunnatullah menghiasi panorama

YA ALLAH !
Aku ingin menjangkau kemampuan
Memenuhi keinginan serta kemahuan

Deria-deria yang hidup
Bukan sekadar ayunan daun terup
Jauh sekali ibarat jeruk yang terperuk
Kerana aku manusia bukanlah beruk

Ouh Tuhan !

Konflik jiwaku
Celaru mindaku
Kelabu kalbuku
Kelam nuraniku
Berpenyakit hatiku

Hilangkanlah ya Allah
Hapuskanlah yaAllah
Bersihkanlah yaAllah

Ya Rabb Al-'Alamin
Hanya padaMu aku meminta segala-galanya
Segala-galanya
Segala-galanya

Labels: